SOALAN KEPADA IMAM

Jawaban Menggembirakan Dari Alam Maya

Antara cara untuk mengenali Si Empunya Urusan ini adalah dengan bertanyakan kepada si pendakwa itu tentang Adhaim(perkara agung/besar), yakni Al Quran dan keilmuan berkaitan dengannya. Ini seiring dengan hadis Aimmah di bawah:
Daripada Mufadhal bin Umar telah berkata:”Aku telah mendengar Abi Abdillah (a.s) berkata: Sesungguhnya Empunya Urusan (Sohibul Amr a.s) akan mempunyai dua keghaiban, salah satu darinya dia akan pulang kepada keluarganya dan yang satu lagi dia dikatakan telah lenyap, tidak diketahui ke lembah mana dia telah pergi. Maka aku bertanya: “Bagaimana harus kami buat apabila ianya berlaku? Dia (a.s) berkata: Sekiranya seseorang mendakwa sedemikian, maka tanyakan kepadanya tentang Adha’im (Quran dan Ahlulbayt a.s), nescaya akan dijawab seumpamanya.”[Ghaibah al Nu'mani]
Oleh kerana itu, Imam Ahmad al Hassan(as), wakilnya Imam al Mahdi(aj) menerima ribuan soalan berkaitan, dan kami berasa bertanggungjawab untuk mengongsikan jawaban-jawaban beliau, untuk dinilai bersama. Oleh itu, tajuk ini akan sentiasa diupdate dengan soalan-soalan baru yang siap diterjemahkan. Selamat membaca

===
Soalan 1: Bagaimanakah cara paling mudah untuk saya mempercayai bahawa Sayed Ahmad al Hassan adalah rasul dan washi Imam Mahdi?
Zeinab al Mossawy,
16/Safar/1426 H

 Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib, adalah melalui perkara ghaib, mohonlah kepada Allah setelah berpuasa selama tiga hari dan merayu di atas haknya Fatimah(sa), binti Muhammad(s) agar kamu dapat mengetahui kebenaran dari Allah melalui kashf atau visi atau melalui apa sahaja cari dari kerajaanNya.

Ahmad al Hassan
====== 

Soalan 2: Apakah kandungan dan objektif seruan kamu?
Rita George,
16/Safar/1426 H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
 Isa(as) bersabda: “Tidak patut bagi manusia hidup hanya dari roti(makanan) yang dimakan, tetapi bahkan dia harus hidup berdasarkan setiap perkataan yang datang dari Tuhan, dan aku, hamba Allah swt, mengatakan pada mu: Dengan makanan matinya anak adam, namun dengan kata-kata Allah hidupnya anak Adam itu(menjadi prinsip hidupnya)
 Seruan ku adalah seperti seruan Nuh(as) dan seruan Ibrahim(as), dan seruan Musa(as) dan Seruan Isa(as) dan seruan Muhammad(s).
 Monotheisma tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan objektif para Nabi dan washi adalah objektif ku, dan untuk menerangkan Taurat, Injil dan Quran serta segala perkara yang kalian percanggahkan, dan untuk memerangkan kesesatan Yahudi, Nasrani dan ulama Muslimin dari syariat ketuhanan serta pelanggaran arahan para nabi(s).
 Keinginan ku adalah keinginan Allah swt, kerana penduduk bumi tidak mahukan apa-apa melainkan apa yang Allah mahukan, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat dipenuhi keperluan materialistik  mereka dengan maruah dan kemegahan… dan..dan..dan.. Yang paling penting adalah syariat Allah, keadilan, belas kasihan dan kejujuran, diamalkan.
 Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang besar, serta takutlah Allah(swt)

 Ahmad al Hassan
 ====== 

Soalan 3: Bagaimana kamu boleh katakan bahawa Isa(as) akan kembali di akhir zaman dan bersolat di belakang seseorang yang kamu katakan bukan seorang Nabi dan namanya adalah Muhammad al Mahdi? Bagaimana seorang Nabi boleh bersolat di belakang manusia non-Nabi?
 Rita George,
16/Safar/1426 H

 Jawaban : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
 Saudari, bersolatnya Isa(as) dibelakang Imam Al Mahdi dapat ditafsirkan dengan dua cara:

 Pertama: Bahawa Imam al Mahdi(as) berkedudukan lebih tinggi dari Isa(as), dan sudah semestinya beliau bukan lebih baik melainkan beliau mempunyai status Nubuwwah, dan dalam kes ini, makanya tidak ada tempat untuk kekeliruan yang dibangkitkan oleh anda. Dan walaupun katakan saya mempercayai sedemikian, saya akan tetap juga bangkitkan kemungkinan kedua dan menjawabnya.

 Kedua: Bahawa Isa adalah lebih baik dari Imam Mahdi, dan jika di dalam kes ini, kekeliruan yang anda bangkitkan akan mempunyai “kedudukan” dalam pencarian kebenaran. Dan jawabannya ada di dalam Taurat dan Injil atau Perjanjian Lama dan Baru, juga dalam Quran.

 Dari Taurat atau Perjanjian lama, saya pilihkan untuk anda kisah Saul dan Daud(as), Daud adalah seorang Nabi Allah dan lebih baik dari Talut, namun di permulaannya, Daud(as) adalah seorang tentera di bawah pimpinan Talut, dan merupakan seorang pengikut beliau. Ini kerana Talut(as) adalah raja lantikan Allah. Daud(as) membunuh Jalut semasa beliau menjadi salah seorang dari tentera Talut. Bacalah Samuel Bab 17 di dalam Taurat dan kisah Talut di dalam Quran.

Dan dari injil atau Perjanjian Baru, saya pilihkan untuk anda kisah Isa(as) dan Yohannes. Isa adalah lebih baik dari John namun Isa(as) telah dibaptiskan oleh Yohannes, walaupun ia adalah berkaitan perkara membersihkan dan menyucikan dan menggalakkan,  dan dalam keadaan ini, Yohannes adalah hujjah Allah ke atas  Isa. Menurut Injil Matthew Bab 3:
 3:13 Maka datanglah Isa dari Galilee ke Jordan kepada John untuk dibaptiskan olehnya.
3:14 Namun Yohannes melarangnya dan berkata, aku mempunyai keperluan untuk dibaptis oleh kamu, dan kamu datang kepada ku?
3:15 Lalu Yesus menjawab, kata-Nya kepadanya: “Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah sepatutnya kita menggenapkan seluruh kehendak Allah.” Dan Yohanespun menuruti-Nya.
3:16 Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya,
Dan di dalam kedua kes ini, Daud dan Isa keduanya adalah lebih baik dari Yohannes dan Talut, dan segala puji bagi Allah swt.

Ahmad al Hassan
=====

Soalan 4: Khumus dibenarkan untuk Syiah kamu sehinggalah hari kezuhuran, bagaimana dapat saya memahami kata-kata dari Maula dan Imam ini?

Alaa Razaq,
13/Rabi 1/1426 H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
 Agar kelahiran mereka diberkati, dan agar pengikutnya adalah anak-anak yang sah taraf, bukan anak haram apabila benih dan badan mereka dibentuk dari wang haram yang di ambil dari khalifah Allah di bumiNya, dan khumus adalah wang persendirian, pemiliknya bebas membelanjakan mengikut kemahuannya, tanpa bantahan sesiapa pun. Dan pemiliknya adalah Imam Al Mahdi di zaman ini dan washinya.

Ahmad al Hassan
=======

Soalan 5: Boleh saya tahu, apa atau siapakah yang dimaksudkan dengan anjing Ashab al Kahf, dan jika ia hanya anjing biasa, maka mengapa ia disebutkan lebih dari sekali di dalam kisah ini, dan kadang kala dalam bentuk jamak?

Alaa Razaq,
8/Rabi 1/1426 H

Jawaban:  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
 Wujud bersama mereka adalah anjing biasa juga, namun yang penting adalah bukan anjing tersebut, tetapi apa yang mengawal anjing tersebut; yakni jin dengan nama Qatmir(jin memiliki keupayaan untuk mengawal haiwan lain seperti anjing dan kucing),Qatmir mahu mendapatkan perhatian mereka melalui anjing ini, untuk membantu mereka selepas dia mempercayai seruan mereka, dan Qatmir mempunya keupayaan untuk memenuhi hati dengan ketakutan dan menggoncang hati pemberani, Allah swt berfirman:
 …Dan anjing yang menemani mereka juga tertidur sambil menjulurkan kedua kakinya keluar gua, seolah-olah dalam keadaan terjaga. Kalau saja kalian memperhatikan mereka dalam keadaan seperti itu, pasti kalian akan lari ketakutan dan hati kalian akan diliputi rasa ngeri. Siapa saja yang melihat mereka pasti akan takut.. 18:18
Dan Qatmirlah yang menenuhi hati sesiapa sahaja yang mendekati mereka dengan ketakutan, dia menjaga mereka. Dan Qatmir juga merupakan salah seorang Ansar Al Qaim(aj).

Ahmad al Hassan
========

Soalan 7: Saya pernah bermimpi tentang tuan saya, Imam Al Mahdi(as) berbicara pada saya melalui tingkap sebuah bilik yang mana saya berada dalam bilik tersebut, beliau bersabda: “Saya sangat dekat” kemudian beliau menunjukkan ke arah sebuah rumah kecil yang berdekatan dengan tempat ini dan bersabda: “Itu adalah rumah saya dan jika anda ke atas atap, anda akan mendapati sebuah taman hijau yang luas.” Apakah tafsir mimpi ini oleh Sayyid Ahmad al Hassan? Semoga Allah membalas anda.

Alaa Razaq,
6/Rabi 1/1426 H

 Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Hijau itu adalah agama dan atap adalah mi’raj dalam kerajaan Allah.
Dan di dalam mimpi ini, anda mempunyai sebuah aspek yang mudah di antara kedua tangan anda, dan ia adalah laman web Ansar di internet, dan taman hijau yang luas itu adalah pengetahuan yang terkandung di dalam laman web tersebut, atap itu adalah alam maya; metod komunikasi untuk internet, dan tingkap itu adalah tingkap(window) untuk laman web tersebut, dan rumah tersebut adalah laman web itu sendiri, yang kecil saiz nya.

Ahmad al Hassan
======

Soalan 8: Apabila Adam mengambil buah dari pokok di syurga, adakah pengambilan ini menyebabkan sebarang perubahan kepada kitaran tugasan pokok tersebut?

Alaa Razaq,
13/Rabi 1/1426 H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Pokok tersebut adalah ilmu Nabi Muhammad(as), tiada kesan ke atasnya, namun ia tidak memberi manfaat kepada Adam(as), kerana beliau tidak dibenarkan untuk mengambil darinya, Allah swt berfirman:
Sungguh telah Kami wasiatkan kepada Adam sejak semula sebelummu, Muhammad, agar tidak melanggar perintah Kami. Tetapi Adam kemudian lupa lalu melanggar perjanjian itu. Sejak semula, Kami tidak menemukan tekad dan kemauan yang kuat pada dirinya untuk membentengi diri dari perangkap dan bisikan setan. 20:115
Malah beliau mendapat kesan dari perkara ini dan ini dapat dilihat dari sesetengah dari keturunannya.
Ingatlah, wahai Muhammad, ketika Allah memerintahkan para malaikat untuk menghormat Adam sesuai dengan cara yang dikehendaki-Nya, kemudian mereka pun melaksanakan perintah itu. Tetapi iblis, sebangsa jin, yang sedang berada bersama mereka saat itu, melanggar perintah itu.. 20:116

Ahmad al Hassan
=====

Soalan 9: Bagaimana anda membuktikan kepada manusia bahawa anda adalah apa yang didakwakan? Saya juga mahu mengetahui tentang fiqh dari anda, adalah sama dengan fiqh yang diajarkan oleh ulama hari ini, atau ada perbezaan, dan jika berbeza, maka bolehkah diberi contohnya.

Sadeq / Ijazah Sains Agama,
25/Safar/1426 H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Saya akan membuktikanya seperti mana Nuh(as), Hud(as) dan Muhammad(s) telah lakukan dengan izin Allah(swt). Berkaitan dengan fiqh, untuk anda adalah bertanya dan untuk saya memberi jawabannya.

Ahmad al Hassan
========

Soalan 12: Apakah kualiti yang menjadikan anda layak untuk tugasan ini? Atau apakah kualiti yang membezakan anda dengan Syiah yang lain, yang membuatkan Mahdi anda memilih anda sebagai wakilnya?

Rita George,
25/Rabi 1/1426 H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Apabila Allah berfirman kepada Musa: Jika kamu datang untuk berdoa, maka bersamalah dengan seseorang yang lebih rendah darjatnya untuk menemani kamu.
Jadi apabila Musa(as) melihat seseorang, beliau tidak berani untuk mengatakan dirinya lebih baik dari orang tersebut, jadi beliau mula mempertimbangkan spesis yang lebih rendah dan apabila beliau melihat seekor anjing liar, beliau  memutuskan untuk membawa anjing itu menemani beliau. Jadi beliau melilitkan tali di leher anjing tersebut, namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada anjing tersebut dan berkata: Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah, jadi bagaimana aku lebih baik dari kamu? Jadi musa melepaskan anjing tersebut dan pergi berdoa. Allah berfirman: “Wahai Musa, apa yang telah Aku perintahkan pada mu?” Jadi Musa menjawab: “Ya Allah, aku tidak menjumpai sesiapapun(yang lebih rendah darjat)”.  Lalu Allah berfirman: “Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing tersebut, maka akan Ku padamkan nama mu dari senarai kenabian.”
Dan saya, hamba yang hina, tidak terlintas di minda  bahawa saya lebih baik dari anjing liar, dan saya melihat diri saya sebagai dosa, di tangan Tuhan yang maha pengasihani.

Ahmad al Hassan

=====

Soalan 14: Ingatlah hari ketika Musa, rasul kalian, berkata, “Hai kaumku, sesungguhnya kalian telah menganiaya diri sendiri dengan menjadikan lembu Samiri sebagai sembahan. Bertobatlah kepada Tuhanmu yang menciptakan kalian dari ketiadaan, dengan jalan memarahi dan mencela jiwa kalian yang jahat dan selalu menyuruh berbuat jelek, agar berganti dengan jiwa yang suci. Allah akan membantu kalian dan memberi petunjuk untuk itu. Hal ini adalah lebih baik bagi kalian di sisi Tuhan yang telah menciptakan kalian. Maka dari itu, Dia menerima pertobatan dan permohonan maaf kalian. Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih kepada hamba-hamba-Nya.”. 2:54

Kepada yang bermurah hari, Ahmad al Hassan, washi dan rasul Imam Mahdi(aj), solawat dan salam Allah ke atas mu.

Saya adalah seorang Syiah yang mendengar seruan anda dan memberikannya banyak masa, bukan kerana saya mempercayainya atau mempercayai anda, namun kerana kemungkinan bertemu dengan Imam Mahdi melalui anda. Saya telah bosan menyembah berhala manusia, mereka yang memanggil diri mereka Marja’, dan mereka sememangnya hanyalah abu, kerana saya berasa sangat teruja mendengar kenyataan anda untuk memusnahkan berhala-berhala ini yang tertancap di dada umat Muhammad(s), jadi saya benar-benar berharap anda, demi datuk anda jika anda seorang keturunan Nabi, doakanlah saya agar mendapat penghormatan, walaupun sekadar dalam mimpi, untuk bertemu Imam Mahdi(as), yang menjadi seolah-olah bayang yang dikejar namun tidak dijumpai. Tuanku, saya berasa sangat sedih kerana keterpisahan beliau dengan kami, atau boleh anda katakan, jauhnya saya dari beliau. Saya tidak mempedulikan apa pun kecuali dapat berjumpa beliau, saya mahu menjadi seorang manusia yang dimahukan oleh Allah dan rasulNya, saya mohon kemaafan jika mengambil banyak masa nada, tetapi saya melihat anda sebagai cahaya harapan dari kejauhan, dan terima kasih.


Abo Maryam,
23/Rabi 1/1426 H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam

Saudara Abu Maryam, saya( dan saya berlindung kepada Allah dari saya(ego)) adalah hamba yang miskin, yang bergantung kepada tangan Tuhannya.

Saya menyeru anda dan sesiapa sahaja yang mencari kebenaran untuk mengangkat kapak seperti mana Ibrahim dan menggunakannya untuk memusnahkan kesemua berhala yang disembah selain Allah swt, termasuklah berhala yang berada dalam diri anda, iaitu ego.

Dan perbanyakkanlah doa kepada Allah, dan ketahuilah tidak kira berapa banyak anda lakukannya, anda tidak akan melepasi orang-orang yang pekak sehinggalah anda patuh kepada khalifah Allah dan menjadi satu dengan orang-orang yang bersujud.

Dan kurangkanlah minat anda dalam kehidupan dunia, dan ketahuilah tidak kira betapa anda cuba menjauhkan diri darinya, anda akan masih berminat padanya sehingga anda mencapai pengangkatan, dan membebaskan diri anda dari neraka dunia dan akhirat.

Diriwayatkan dari Aban Bin Taghlib, dari Abu Abdillah(as): Aku berkata kepada beliau: Semoga aku menjadi tebusan untuk mu, tentang ayat:

Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.. – 90:11

Jadi beliau menjawab: Barangsiapa yang diberi penghormatan oleh Allah dengan dijadikan pengikut kami, telah mencapai pengangkatan, dan kamilah pengangkatan ini, yang mana dengannya seseorang itu terselamat. Kemudian beliau senyap dan kemudian berkata kepada ku: Mahukah kamu memanfaatkan sebuah perkataan yang lebih baik untuk kamu dari seluruh dunia dan isinya? Aku berkata: Ya, semoga aku menjadi tebusan mu. Beliau bersabda : Firman Allah: bebaskanlah seorang hamba, kemudian beliau bersabda: Setiap manusia adalah hamba kepada neraka, kecuali kamu dan sahabat kamu, kerana Allah menjadikan kamu bebas dari neraka dengan menjadikan kamu pengikut kami. Dan Isa(as) bersabda:

Berbahagialah orang yang tidak meragukan Aku.” Matthew 11:6

Korbankanlah diri mu di antara tangan-tangan Tuhan mu agar kamu dapat menang di hari ini dan esok, sebuah gelas yang kamu tidak akan dahaga lagi setelah minum darinya, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Pengasihani

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)[2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya) (Surah al Kauthar-108)

Diriwayatkan dari Imam Al Ridha(as), beliau bersabda: Aku mendengar dari bapa-bapaku, dari Nabi(s) bersabda: Aku mendengar Allah swt berfirman: La ilaha illa Allah adalah kubu ku, jadi barang siapa yang memasuki kubuku adalah selamat dari siksaan Ku.” Lalu beliau(as) memanggil kami dan bersabda: “Dengan syarat, dan akulah syaratnya.”

Dan kebenarannya, aku adalah syaratnya.

Aku datang kepada mu mewakili Imam al Mahdi(as), dan ia bukanlah kemahuan ku, ia adalah kemahuan orang yang mengutuskan ku, kerana barangsiapa yang tidak menerima ku, maka dia tidak menerima bapa ku. Dan sebenarnya, barangsiapa yang tidak bermurah dengan anak, maka dia tidak akan bermurah dengan bapanya.

Aku tidak akan merungut tentang kamu kepada Allah, namun datukku, Nabi Allah(s) akan merungut kerana baginda menyebutku di dalam wasiatnya, dengan nama ku dan nasabku dan sifatku.

Begitu juga dengan bapa-bapa ku, para Imam(as), mereka menyebutku dengan nema, nasab dan sifat serta tempat.

Begitu juga dengan darah Al Hussain(as) yang ditumpahkan di Karbala kerana Allah dan kerana bapaku(as)

Begitu juga dengan Isaiah, Jeremiah, Danial dan Yohannes, kerana mereka telah menjelaskan perkara ini kepada manusia di bumi pada tahun-tahun yang lampau, dengan semua ini, kamu masih gagal(untuk mengakui ku)?

Aku mahukan keselamatan mu, jadi dokonglah aku dengan dirimu, maka berbahagialah mereka mengorbankan dirinya di antara tangan Tuhannya, diberkatilah barangsiapa yang tidak menyakiti ku, dan diberkatilah orang yang terasing, yang gila pada (pandangan) penduduk bumi, dan waras pada(pandangan) penduduk langit.

Jika kamu mahu berjumpa Imam al Mahdi(as), maka bacalah doa ini selepas tengah malam selama 40 hari:

Bismillah ar Rahman ar Rahim

Ya Allah, Kau adalah penunjuk bagi yang terkeliru, dan perlindungan kepada mereka yang tertekan, dan pembantu kepada mereka yang mencari bantuan, aku tidak punya Tuhan selain dari Mu untuk diseru dan tiada sekutu bagi mu untuk ku rayu, hantarkanlah solawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad dan jadikan kesenangan ke atas urusan ku, serta pandulah aku ke jalan yang benar yang lebih benar dari jalan ini, aku mengetuk pintu MU, aku berkampung di halaman Mu yang suci sesudah perjalanan ku, memohon testimoni dari Mu, dan aku adalah hamba yang hina dan rendah sementara Kau adalah Tuhan, yang paling mampu dan agung, jadikanlah urusan Ahmad al Hassan jelas bagi ku dengan pernyataan yang paling jelas dan lidah yang paling fasih, maka jika beliau adalah khalifah mu, aku akan mengimani beliau dan memberi bai’ah kepada beliau serta mendokong beliau, dan jika beliau adalah musuh Mu, aku tidak akan beriman dengan beliau dan akan ku perangi beliau. Wahai Kau yang memberi inspirasi kepada pengikut Isa untuk bersaksi bahawa Isa adalah NabiMu,

Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): “Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!” Mereka menjawab: “Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)”– 5:111

Bersaksilah untuk ku dan jadikanlah urusan ini jelas pada ku, demi rambut dan daging dan darah dan tulang dan apa yang dibawa oleh bumi dariku memberi kesaksian yang kesaksian mu adalah kesaksian yang paling besar,

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu,– 6:19

 Wahai Tuhan yang menunjukkan diriNya kepada orang kafir akan risalah Muhammad(s), dengan kesaksian:

Dan orang-orang yang kafir itu berkata: “Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah”. – 13:43

(Bukan setakat itu sahaja mereka katakan) bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Muhammad telah merekakan Al-Quran itu.” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalau aku merekakan Al-Quran itu (maka tentulah aku tidak terlepas dari azab kesalahan itu) kerana kamu (dan juga yang lain dari kamu) tidak berkuasa memberikan daku sebarang perlindungan dari (azab) Allah. Allah lebih mengetahui akan (tuduhan-tuduhan yang tidak berasas) yang kamu perkatakan itu; cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani -46:8

Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu; sesungguhnya adalah Ia Amat Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. – 17:96

Jadi mereka menolak kesaksian Mu, bersaksilah untuk ku Ya Tuhanku, kerana aku tidak akan menolak kesaksian Mu, dan aku bersaksi bahawa visi ini adalah benar dari Mu, inspirasi Mu yang terkehadapan, dan kata-kata Mu yang telah Kau lebihkan ke atas dunia, wahai Kamu yang memuji Ibrahim dan menjadikan nubuwwah dari anak-anak beliau. Kerana beliau mempercayai visi, kemudia Kau berfirmanL

Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! – 
“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. – 37:104-105

Dan Kau telah memuji Mariam, apabila Kau berfirman:

Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya- 66:12

Wahai yang berbicara dengan Muhammad(s) dan berfirman:

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya. (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. – 12:3-4

Jadi Kau telah menamakan mimpi-mimpi ini dalam penceritaan terbaik di dalam kitab suciMu, dan Kau telah memuji mereka yang beriman kepadanya dari waliMu, NabiMu, dan RasulMu, dan Kau telah hinakan mereka yang tidak mempercayainya dan mengatakan mimpi ini sebagai mimpi samar, kemudian Kau berfirman lagi dengan firman Mu yang benar:

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: “Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?” (Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: “Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu”. 21:1-5

Orang kebanyakan dan pengawal firaun berkata:

Mereka menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu”.- 12:44

Yusuf mengimani mimpi dan menafsirkannya, dan Kau telah memujinya dan berfirman:

“Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)!- 12:46

Ya Allah, jadikanlah aku seperti wali Mu, Nabi dan Rasul yang mengimani mimpi, yang terkehadapan dalam inspirasi Mu, dan kata-kata mu yang telah Kau pilih ketimbang dunia, dan riwayat yang terbaik di dalam kitab suci Mu, dan aku tidak menolak kesaksian Mu dan tidak juga aku memungkiri janji Mu.

Kemudian, sebutlah:

Selamatkanlah aku ya Tuhan di atas hak Fatimah, kasihanilah aku Ya Tuhan, di atas haknya Fatimah, tunjukilah aku ya Tuhan di atas haknya Fatimah

Ahmad al Hassan


No comments:

Post a Comment